"Sayang dan rindukan keluarga yang lama aku tunggu.kembali lah ke pelukkan aku"
Monday, September 3, 2018
TERLALU SAYANGI ISTERI
Aku penghuni mualaf nama aku Am (Bukan nama sebenar) yang berumur 40an.Kisah aku yang terlalu sayang akan isteriku semua kemahuanya aku turutkan sampai aku tidak sangka akan berlaku sebegini. Aku dahulunya berkerja dan bergaji lebih kurung lima ribu sebulan.Semasa ditempat kerja aku ditimpa musibah dan badan ku tidak boleh bergerak (Stroke) sebulan lepas aku boleh dicas daripada wad isteri aku membawa aku pulang kerumah.Alangkah gembirnya hati ini boleh pulang ke rumah dan di jaga rapi oleh isteri tersayang. Dua minggu lebih aku diserang penyakit sawan dan dimasukkan ke hospital setelah seminggu isteri dan anak lelaki yang berumur 3th tidak muncul pihak hospital memberitahu yang aku boleh dicas untuk kali yang kedua daripada hospital kali ini tidak sabar rasa hati mahu berjumpa anak lelaki ku. Lalu isteriku memberitahu dia mahu balik satu bulan ke indonesia untuk melawat mak yang sedang sakit disana dan tidak boleh bawa aku bersama kerana risiko yang sangat tinggi dan isteri berjanji akan balik akhir bulan tiga dengan berat hati aku mengizinkan mereka pulang. Pihak hospital memohon penempatan sementara aku di Pusat Jagaan Nur Hasanah. Semasa aku datang ke pusat jagaan tersebut aku melihat ramai kawan-kawan disana dan tempat yang cantik. Aku berjumpa pihak pengurusan untuk melaporkan diri sebagai penghuni selama aku lima bulan isteri tidak pernah call dan datang berjumpa aku di pusat ini. Sekian lama aku pendam rasa hati ini akhirnya aku menceritakan kepada pihak pengurusan yang duit pencen sebanyak Rm 2000.00 dan ic aku ada pada isteri.Pihak pengurusan meminta aku memblock semua kad ATM Bank kerana sayang akan isteri aku tidak mahu membuat semua itu aku terlalu percaya akan isteriku. Hampir sepuluh bulan aku duduk di pusat akhirnya aku mengambil keputusan untuk memblock semua kad bank bukan mahu menyeksa tapi mahu isteri kambali berjumpa aku yang terlalu rindukan anak. Sehingga kini aku tetap menunggu kedatangan mereka.
"Sayang dan rindukan keluarga yang lama aku tunggu.kembali lah ke pelukkan aku"
PENULIS : NFI
"Sayang dan rindukan keluarga yang lama aku tunggu.kembali lah ke pelukkan aku"
Subscribe to:
Posts (Atom)