Hari demi hari saya fikirkan masih adakah orang yang menyayangi hati ini atau pon sudah membenci hati ini.Saya sudah berkahwin dan mempunyai anak seramai dua orang satu lelaki dan satu perempuan.Dulu saya berkerja sekarang tidak lagi kerana saya tidak mampu berkerja dengan keadaan saya yang tidak boleh bergerak sedih pilu itu yang mampu saya katakan.Segala-galanya telah saya berikan kepada isteri dan anak-anak,Saya ditinggalkan dirumah seorang diri dengan tidak orang yang menemani saya lalu tiada makan dan minum ketika saya dirumah semuanya saya lakukan sendiri.Isteri??? itu yang dikatakan isteri yang tidak pernah mengambil tahu sedikit pun tentang saya!!yang membiarkan aku kelaparan dan kehausan dan merenggangkan hubungan antara ayah dan anaknya.
Suatu hari adik beradik datang kerumah untuk melawat keadaan saya.Adik beradik ada berbincang untuk memasukan saya ke rumah orang tua.Pada mulanya saya tidak setuju dengan pendapat adik beradik tetapi apabila dipujuk dan difikrikan lagi tidak mahu menyusahkan isteri dan anak anak.Lalu saya bersetuju untuk dimasukkan ke rumah orang tua2.
Berat rasanya sukar diluahkan
Bernafas ragu menghembus pilu
Perasaan ini tergantung sepi
Bernafas ragu menghembus pilu
Perasaan ini tergantung sepi
Ketika saya sampai di Pusat Jagaan Nur Hasanah Beranang saya berjumpa dengan pihak pengurusan dan berjumpa dengan kawan2 yang baru.Alhamdulillah kedatangan saya disambut dengan baik dan saya rasa bersyukur kerana ditempatkan di Pusat Jagaan Nur Hasanah.Ramai kawan2 disini yang memerlukan kasih sayang dan tempat tinggal seperti saya.saya boleh kongsikan kisah duka pahit manis bersama keluarga baru ku di Pusat Jagaan Nur Hasanah sehingga kini saya menunggukan kedatangan isteri dan anak anakku mungkin matiku disini.