Pada peringkat awal penubuhan Pusat Jagaan Nurhasanah ini merupakan penempatan wanita yang menghadapi masalah sosial dan tiada tempat tinggal.Mulai April 2008 Pusat Jagaan ini telah berubah konsep iaitu penempatan bagi pesakit-pesakit lelaki terdampar.
Pusat Jagaan Nur Hasanah ini telah didaftarkan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 dengan No.Perakuan B003/2007 (Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia).Pusat Jagaan ini dikendalikan oleh lima orang pekerja di mana salah seorangnya telah dilantik sebagai Penyelia Pusat Jagaan ini.Pusat Jagaan Nur Hasanah ini boleh menempatkan 20 hingga 30 orang penghuni pada satu-satu masa.
KATEGORI KES-KES YANG DITERIMA
*Pesakit terdampar tanpa waris
*Muallaf/Saudara baru
*Wanga Emas
*Orang Kurang Upaya
Setiap permohonan perlu dibuat kepada Pegawai Kerja Sosial Perubatan yang bertugas dihospital yang berkaitan.Permohonan hendak diserta dokumen-dokumen seperti berikut:
*Laporan daripada Pakar/Pegawai Perubatan Hospital
*Laporan Sosiekonomi yang lengkap
*Surat Permohonan/Borang Penempatan Pesakit Di Pusat Jagaan Nur Hasanah
Lokasi Pusat Jagaan Nur Hasanah terletak di Lot 842 Lorong Dato'Dagang Haji Tahir, Kampung Sesapan Kelubi 43700 Beranang,Selangor
Tel:03-87668100
Email: pj.nurhasanah@gamil.com
FB: Pusat Jagaan Nur Hasanah
Instagram: pjnhofficial
Atau yang ingin memberi sumbangan dana boleh terus ke akuan kami
CIMB BANK 8002260491
Sumbangan anda dikecualikan dari cukai pendapatan menurut
Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967
(Rujukn JHDN 01/35/42/51/179-6,4650)