Monday, December 18, 2017

RUMAH TEMPAT AKU MENUMPANG KASIH

Hari demi hari saya fikirkan masih adakah orang yang menyayangi hati ini atau pon sudah membenci hati ini.Saya sudah berkahwin dan mempunyai anak seramai dua orang satu lelaki dan satu perempuan.Dulu saya berkerja sekarang tidak lagi kerana saya tidak mampu berkerja dengan keadaan saya yang tidak boleh bergerak sedih pilu itu yang mampu saya katakan.Segala-galanya telah saya berikan kepada  isteri dan anak-anak,Saya ditinggalkan dirumah seorang diri dengan tidak orang yang menemani saya lalu tiada makan dan minum ketika saya dirumah semuanya saya lakukan sendiri.Isteri??? itu yang dikatakan isteri yang tidak pernah mengambil tahu sedikit pun tentang saya!!yang membiarkan aku kelaparan dan kehausan dan merenggangkan hubungan antara ayah dan anaknya.





Image result for gambar orang nangis
















Suatu hari adik beradik datang kerumah untuk melawat keadaan saya.Adik beradik ada berbincang untuk memasukan saya ke rumah orang tua.Pada mulanya saya tidak setuju dengan pendapat adik beradik tetapi apabila dipujuk dan difikrikan lagi tidak mahu menyusahkan isteri dan anak anak.Lalu  saya bersetuju untuk dimasukkan ke rumah orang tua2.






















Related image





Berat rasanya sukar diluahkan
Bernafas ragu menghembus pilu
Perasaan ini tergantung sepi
Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
Mencuba menyimpulkan mati
Namun terputus jua

Ketika saya sampai di Pusat Jagaan Nur Hasanah Beranang saya berjumpa dengan pihak pengurusan dan berjumpa dengan kawan2 yang baru.Alhamdulillah kedatangan saya disambut dengan baik dan saya rasa bersyukur kerana ditempatkan di Pusat Jagaan Nur Hasanah.Ramai kawan2 disini yang memerlukan kasih sayang dan tempat tinggal seperti saya.saya boleh kongsikan kisah duka pahit manis bersama keluarga baru ku di Pusat Jagaan Nur Hasanah sehingga kini saya menunggukan kedatangan isteri dan anak anakku mungkin matiku disini.
























Thursday, November 16, 2017

PUSAT JAGAAN NUR HASANAH

Pusat Jagaan Nurhasanah telah ditubuhakn pada Ogas 2006 bagi menyediakan tempat tinggal yang selesa kepada pesakit-pesakit dengan mengambil kira pelbagai aspek,emosi,psikologi,ekonomi,jaringan perhubungan dan sokongan keluarga(support)
Pada peringkat awal penubuhan Pusat Jagaan Nurhasanah ini merupakan penempatan wanita yang menghadapi masalah sosial dan tiada tempat tinggal.Mulai April 2008 Pusat Jagaan ini telah berubah konsep iaitu penempatan bagi pesakit-pesakit lelaki terdampar.

Pusat Jagaan Nur Hasanah ini telah didaftarkan di bawah Akta Pusat Jagaan  1993 dengan No.Perakuan B003/2007 (Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia).Pusat Jagaan ini dikendalikan oleh lima orang pekerja di mana salah seorangnya telah dilantik sebagai Penyelia Pusat Jagaan ini.Pusat Jagaan Nur Hasanah ini boleh menempatkan 20 hingga 30 orang penghuni pada satu-satu masa.


KATEGORI KES-KES YANG DITERIMA

*Pesakit terdampar tanpa waris
*Muallaf/Saudara baru
*Wanga Emas
*Orang Kurang Upaya

Setiap permohonan perlu dibuat kepada Pegawai Kerja Sosial Perubatan yang bertugas dihospital yang berkaitan.Permohonan hendak diserta dokumen-dokumen seperti berikut:
*Laporan daripada Pakar/Pegawai Perubatan Hospital
*Laporan Sosiekonomi yang lengkap
*Surat Permohonan/Borang Penempatan Pesakit Di Pusat Jagaan Nur Hasanah














Lokasi Pusat Jagaan Nur Hasanah terletak di Lot 842 Lorong Dato'Dagang Haji Tahir, Kampung Sesapan Kelubi 43700  Beranang,Selangor 
Tel:03-87668100
Email: pj.nurhasanah@gamil.com
FB: Pusat Jagaan Nur Hasanah
Instagram: pjnhofficial

Atau yang ingin memberi sumbangan dana boleh terus ke akuan kami
CIMB BANK 8002260491

Sumbangan anda dikecualikan dari cukai pendapatan menurut
Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967
(Rujukn JHDN 01/35/42/51/179-6,4650)





HULURKAN TANGAN RINGANKAN BEBAN

Assalamualaikum
kepada semua sahabat2 Pusat Jagaan Nurhasanah Beranang
Yang ingin tahu Perkembangan Tentang Pusat Jagaan Nur Hasanah boleh follow kami di
Instagram: pjnhofficial
Facebook: Pusat Jagaan Nur Hasanah
Blogger : Pusat Jagaan Nur Hasanah
Email: pj.nurhasanah@gmail.com

Atau yang ingin memberi sumbangan dana boleh terus ke akuan kami
CIMB BANK 8002260491

Sumbangan anda dikecualikan dari cukai pendapatan menurut
Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967
(Rujukn JHDN 01/35/42/51/179-6,4650)